Urghh..

Dengan tiba-tiba, selepas bangun tidur, terus saya poskan artikel ini.

Ini adalah mimpi saya sahaja:

Saya bermimpi begini, saya sedang melalui sebuah jalan raya sambil menaiki motor saya. Suasana petang itu agak tenang dengan deruan angin menyapa muka saya dan dengan bauan lumpur dan bijian kelapa sawit kerana pada ketika itu saya dikelilingi olehnya , tetapi, dengan tiba-tiba saya terlihat seekor ular tedung warna agak kegelapan (bukan hitam .. hampir coklat pekat) yang saiz macam ular sawa datang melintas di hadapan saya. Saya dengan itu mengambil kesempatan untuk lalu sebelah ular itu dan rem  memulaskan minyak motor sekuat yang mungkin. Pada masa itu, saya lihat ular itu mengembangkan kepalanya dan saya berasa amat takut lalu terus memecut laju kenderaan saya. Tetapi apabila saya menoleh ke sebelah kanan saya, saya lihat ular itu berada betul-betul seiringan dengan saya yang sedang membonceng laju itu.

Akibat terlalu takut dengan ular itu saya mengambil keputusan untuk menambah kelajuan motosikal saya tetapi dengan tiba-tiba saya berasa pelik dengan situasi yang saya lihat, di hapadan sebelah lorong kiri saya (jalan yang bertentangan), saya lihat ramai orang sedang menunggang ular tedung berwarna putih. Tetapi yang lebih aneh ialah riak muka mereka yang menunggang ular putih itu,seolah-olah terkejut kerana dengan tiba-tiba ular-ular putih itu seolah-olah tidak mendengar arahan pemandu mereka kerana mereka dengan pantas memecut ke arah ular yang beriringan dengan saya tadi. Selepas itu saya membabaskan diri terbabas di tepi jalan. Pada masa itu saya dapat lihat dengan jelas pertarungan antara ular-ular putih dengan ular tedung tadi. Seterusnya, pertarungan sengit antara ular - ular pun bermula tetapi tidak semua ular putih berjaya menumpaskan ular hitam itu . Situasi ketika itu agak kelam kabut dan saya lihat ramai orang berpusu-pusu untuk melihat pertarungan antara ular itu.

Pada ketika itu, saya seolah-olah sedang bersembunyi dengan menyandarkan diri di sebalik pokok kelapa sawit dan berada dalam keadaan panik.Saya menunggu dan berharap agar ular itu tidak mengejar saya lagi. Dengan keadaan peluh membasahi badan, saya beranikan diri untuk melihat pertarungan itu, tetapi sebelum sempat saya mengintai saya terus tertoleh ke belakang saya dan disana saya dapati ada seekor binatang yang badannnya kelihatan seolah-olah seperti seekor kucing , tapi riak wajahnya seperti seekor singa betina yang sedang garang melihat saya.

Ketika asyik melihat binatang kecil itu, saya dengan tiba-tiba terdengar bunyi ngauman yang kuat lalu terus saya tolehkan wajah saya ke arah ngauman itu. Dengan tiba-tiba saya dapat lihat wajah seekor singa jantan yang sangat besar sedang melompat sambil kaki hadapannya dikeluarkan ke hadapan (seolah-olah mahu membaham sesuatu), darah mula terpercik dan orang ramai mula melarikan diri. Saya terkaku dan hanya mampu melihat keadaan itu saya, pada ketika itu saya seolah-olah berharap agar semua ini berakhir dengan pantas dan pada ketika itu mata saya terus melirik ke bawah. Pada ketika itu juga saya terlihat satu rekaan besi yang seolah-olah berbentuk 'L' yang agak panjang dan mempunyai ruang kosong di tengahnya ,sukup untuk membolehkan air melaluinya (macam longkang di atas bumbung rumah) dan di hujungnya yang berwarna hitam tertulis perkataan 'LORD'yang agak besar dan berwarna perak. Seiring dengan itu saya terdengar suara berkata ' kalau nak bunuh ketua ular kena lah .....(saya kurang dengar degan jelas ayat yang hujung ni) ' .

Dan saya pun bangun dari tidur , on-kan PC saya dan terus tulis artikel ni. Kire masih fresh lagi la artikel nih ek.. XD
Sesiapa yang ade idea untuk tafsirkan mimpi saya ini boleh la cuba ek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...