Adi Wira : Kuasa dan Darjat ...

Sinopsis:

Pada masa lampau, dunia pahlawan melayu terbelah kepada 2 kuasa besar.Daerah Selatan di kawal oleh seorang Raja yang kejam yang di kenali sebagai Raja Bersiong. Baginda mempunyai seorang ahli sihir yang di kenali sebagai Nenek kebayan. Nenek kebayan ini mempunyai dua orang anak ; Bawang Merah dan Bawang Putih. Bawang Putih merupakan anak tiri nenek kebayan dan sering di dera oleh adik dan mak tirinya. Selain itu, Raja Bersiong ini turut mempunyai 3 orang pahlawan handal. Seorang pahlawannya di kenali sebagai Si Badang. Badang mempunyai kekuatan yang sangat luar biasa selepas memperoleh kuasa daripada meminum muntah jin tapi sebenarnya jin itu adalah nenek kebayan yang sedang menyamar. Pahlawan keduanya di kenali sebagai Hang Jebat. Hang Jebat yang dahulunya merupakan pengikut setia Raja Timur tetapi telah membelot tuannya itu demi menuntut bela atas kesilapan Raja Timur untuk menghukum Hang Tuah, yang merupakan sahabat dan saudara terdekatnya. Pahlawan ketiga raja ini merupakan kembar yang bernama Hang Lekiu dan Hang Lekir. Mereka merupakan pahlawan Raja Timur yang telah di cuci otaknya oleh nenek kebayan yang jahat.

Daerah Timur pula merupakan sebuah daerah yang tenang dan aman untuk di diami. Daerah ini di tadbir oleh seorang raja yang di kenali sebagai Raja Timur. Raja Timur mempunyai angkatan tentera yang hebat ilmu persilatan mereka. Mereka semua ni dilatih oleh hulubalang negara yang di kenali sebagai 5 bersaudara, Hang Tuah, Hang Jebat(sebelum membelot) , Hang Kasturi,Hang Lekiu dan Hang Lekir.

Cerita ini bermula apabila Raja Bersiong mula melancarkan serangan keatas Raja Timur setelah menerima maklumat risikan daripada Hang Jebat yang membelot. Ketika menyerang sebuah kampung di sempadan, Adi Wira telah menyaksikan keluarganya terkorban di depan mata dan berazam untuk menamatkan perang.

Pengembaraan Adi bermula bila dia cuba menyelamatkan Puteri Hang Lipo daripada sekumpulan perompak. Dari situ bibit cinta mula berputik. Di sepanjang perjalanannya untuk menghantar Hang Lipo kepada Raja Timur, beliau telah berjumpa beberapa sahabat seperti Pak Pandir yang merupakan seorang yang suka mereka - cipta alatan tetapi seorang yang cuai dan pelupa dan Mak Andeh yang merupakan isteri dan pembantunya serta seorang ahli nujum yang di kenali sebagai Pak Belalang yang di temui di Tasek Chini.

Apa yang berlaku seterusnya? Bagaimanakah Hang Jebat boleh membelot? Apakah Identiti sebenar ahli nujum? Apa kaitan ahli nujum dengan nenek kebayan? Adakah Adi berjaya menamatkan perang?Bagaimana dengan kisah cinta Adi dan Hang Lipo?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...